Siapakah Ikon Kita Masa Kini??

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh… 

       Tuan2 dan puan2 yg dihormati, pastinya tuan2 dan puan2 ada perasaan bergemuruh dalam jiwa tentang rasa cintanya kita kepada rasulullah dan mengenang perjuangan seorang manusia yang begitu mencintai kita semua. Tuan2  dan puan2 yang dihormati, hari ini, saya ingin berkongsi dengan tuan2 dan puan2 semuanya bagaimana kita sepatutnya menghormati baginda nabi muhamad saw. Tapi ada sebuah kajian ya tuan2 dan puan2 yg dilakukan oleh seorang penulis buku, dia melakukan kajian dan dia research di mana sepanjang zaman sape saja orang2 yang sukses menjadi pemimpin yang memberikan pengaruh luar biasa kepada kehidupan dunia ini. Penulis buku tersebut ialah Michael Hart barangkali tuan2 dan puan2 pasti mengetahuinya.. Michael Hart bukanlah seorang muslim tuan2 dan puan2, tetapi dia kaji dan dia lihat bagaimana para pemimpin2 dunia mampu membuat sebuah pengaruh yang luar biasa membangun kejayaan tamadun dunia.. dan dalam buku tersebut, kita pun sudah mengetahui bagaimana Michael Hart, menyatakan baginda rasulullah saw menjadi orang pertama yang ertinya baginda merupakan orang yang paling kuat pengaruhnya.. sampai saat ini.. tuan2 dan puan2 yang dihormati, saya yakin pastinya sudah banyak cerita tentang baginda nabi muhamad saw. Yang telah tuan2 dan puan2 dengarkan.. sudah banyak buku2 yang telah menjelaskan tentang bagaimana kehidupan bgainda nabi muhamad saw.. 

       Dan sebagai manusia tentu kita harus menjadikan seseorang menjadi ikon, menjadi tauladan dalam kehidupan kita.. malahan pada masa kini, ramai artis2 dan pemain2 bola telah dijadikan ikon oleh saudara2 kita, rakan2 kita atau mungkin termasuk diri kita sendiri.. pertanyaannya?? siapakah yangg sepatutnya menjadi ikon kita itu, tuan2 dan puan2 sekalian.. siapakah yg seharusnya benar2 menjadi ikon dan tauladan kehidupan kita, tuan dan puan2.. maka izinkan tuan2 dan puan2 mendengar sendiri sebuah kisah.. sebuah kisah yang menjelaskan yang memberikan jawapan tentang bagaimana cintanya baginda rasulullah kepada kita semua.. mari tuan2 dan puan2, kita berselawat terlebih dahulu kepada junjungan mulia nabi muhamad saw.. 

        Dalam sebuah riwayat hadith, dikisahkan, ketika itu baginda tengah duduk berkumpul bersama sahabat2 nya.. di antara para sahabat, adanya Saidina Umar, Usman, Ali, Abu Bakar dan yang Lain2 nya.. lalu kemudian baginda bertanya kepada sahabat2, ‘wahai sahabatku, tahukah kalian siapakah hamba Allah yang mulia disisi Allah’.. para sahabat terdiam.. lalu kemudian ada salah seorang para sahabat berkata, ‘para malaikat Ya Rasullah, merekalah yg mulia’.. baginda berkata, ‘ya, para malaikat itu mulia, mereka dekat dengan Allah dan mereka sentiasa bertasbih, beribadah kepada Allah, tentulah mereka mulia disisi Allah.. tetapi bukan itu yang kumaksudkan’.. lalu kemudian para sahabat kembali terdiam.. tiba2 salah seorang sahabat kembali berkta, ‘ Ya Rasullah, tentulah para nabi.. merekalah yang paling mulia..’ Nabi muhamad tersenyum, baginda berkata, ‘Ya, para nabi itu mulia, mereka adalah utusan Allah Subhanallah.. 

        Bagaimana mungkin mereka itu tidak mulia.. mereka mulia tetapi ada lagi yang lainnya’.. Para sahabat terdiam kembali dan tertanya,’ siapa lagi orang yang mulia’ sehingga kemudian salah seorang sahabat berkata,’ Ya Rasulullah, apakah kami ini sahabatmu, Ya Rasulullah.. apakah kami yang mulia itu, Ya Rasul’.. bayangkan tuan2 dan puan2 .. baginda memandang wajah para sahabatnya satu persatu, baginda tersenyum melihat para sahabat, baginda berkata, ‘tentulah kalian semua mulia, kalian dekat dengan ku, kalian membantu perjuanganku, dimana mungkin kalian tidak mulia, tentulah kalian mulia.. tetapi ada lagi yang lain yang mulia’.. para sahabat terdiam semuanya, mereka tidak mampu berkata apa2 lagi.. lalu bayangkan.. tiba2 baginda nabi muhamad merundukkan wajahnya.. 

        Bayangkanlah tiba2 baginda nabi muhamad menangis dihadapan sahabat2 nya.. para sahabat pun tertanya, ‘kenapa engkau menangis, Ya Rasulullah’.. lalu bayangknlah baginda mengangkat wajahnya, terlihat bagaimana air mata bergelinang membasahi pipi dan janggutnya.. baginda berkata, ‘wahai saudaraku dan sahabatku, tahukah kalian siapa yang mulia itu.. mereka adalah manusia2, mereka akan lahir jauh setelah wafatku nanti, mereka begitu mencintai Allah dan tahukah kalian mereka tidak pernah memandangku, mereka tidak pernah melihat wajahku, mereka hidup tidak dekat dengan aku seperti kalian tetapi mereka begitu rindu kepada aku.. dan saksikanlah wahai sahabatku semuanya.. Aku pun rindu kepada mereka, mereka yang mulia itu dan merekalah umatkuuuuu….’ Bayangkanlah saat itu nabi muhamad menitiskan air mata dan semua sahabat menangis.. Tolong katakan tuan2 dan puan2, siapakah yang dirindukan nabi muhamad, siapa yang sentiasa didoakan nabi muhamad setiap waktu, demi Allah sekarang tolong tanya kepada diri kita masing2, tuan2 dan puan2 rundukkan wajah, pejamkan mata dan tanya kedalam hati tuan2 dan puan2, sudahkah kalian mencintai baginda nabi muhamad saw.. tolong bayangkan siapakah ikonmu tuan2 dan puan2 selama ini.. siapa ikon anak2 mu selama ini tuan2 dan puan2, siapa idola saudara2 mu dan anak2 mu saat ini.. lihatlah bagaimana anak2 kita saudara2 kita yang telah melupakan baginda nabi muhamad saw.. mereka lalai kepada baginda nabi muhamad saw.. 

        Mereka tidak ada lagi rasa cinta kepada baginda nabi muhamad, mereka bangga dengan ikon artis2 mereka.. mereka bangga dengan ikon pemain2 bola sepak yang mereka banggakan.. tolong katakan tuan2 dan puan2, sudah berapa lama kita lalai hidup di dunia ini.. sudah berapa lama kita tidak mendidik anak2 kita untuk mencintai baginda nabi muhamad saw.. kalau kita mengaku sebagai umat nabi muhamad saw tolong tanya kepada diri sendiri tuan2 puan2.. sudahkah kita mencintai nabi muhamad..  sudahkah ada air mata yang berlinang kerana rindu kita kepada baginda nabi muhamad.. sudah berapa lama kita lalai, sudah berapa lama kita leka hidup di dunia ini, sudah berapa lama kita melupakan baginda nabi muhamad saw.. maka marilah kita hidupkan  dan hadirkan rasa cinta dalam hati terhadap baginda nabi muhamad saw semoga kelak kemudian di Padang Mahsyar, kita akan berkumpul bersama baginda nabi muhamad saw..  

        Ayuhlah kita perbanyakkan doa dan selawat keatas junjungan mulia nabi muhamad saw….. berselawat kepada nabi muhamad sebagai tanda cinta kita kepadanya.. ajarkanlah saudara2 mu anak2 mu mencintai nabi muhamad.. didiklah mereka agar mulai hari ini menjadikan baginda Rasulullah sebagai ikon kehidupan mereka.. Ingatkanlah suamimu puan2, ingatkanlah isterimu tuan2.. jadikan baginda sebagai tauladan hidup kita.. ingatkanlah keluarga kita, ingatkanlah rakan2 kita..  baginda cinta kepada kita, baginda rindu kepada kita, terlalu sayang baginda kepada kita, terlalu rindu baginda kepada kita.. semoga kelak kita berkumpul bersama-sama.. bersama anak, suami, isteri dalam barisan baginda nabi muhamad saw.... Insyallah..



 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management