Friday, November 18, 2011

KEGUNAAN NUKLEAR ~ PEMBUATAN



BIDANG PEMBUATAN

Dalam bidang pembuatan, penggunaan teknologi nuklear membolehkan pengeluaran sarung tangan getah, resin dan sebagainya yang memberi sumbangan besar pada industri sarung tangan di Malaysia.Dalam industri minyak dan sektor marin, teknologi Non Destructive Testing -NDT (Ujian Tanpa Musnah) yang menggunakan sumber tenaga nuklear melalui peralatan seperti Sinar Gamma dan Sinar X digunakan untuk mengesan kecacatan atau kerosakan yang berlaku pada paip-paip minyak atau gas. Teknologi ini dipelopori oleh Agensi Nuklear Malaysia dan beberapa syarikat swasta yang lain.

Malaysia memiliki satu-satunya reaktor nuklear yang dikenali sebagai Reaktor TRIGA PUSPATI (Pusat Penyelidikan Tenaga Atom Tun Doktor Ismail yang ditubuhkan 27 tahun dahulu yang kini dikenali sebagai Agensi Nuklear Malaysia ). Ia kini dikendalikan oleh Agensi Nuklear Malaysia yang terletak di Bangi. Ia digunakan dalam aktiviti penyinaran neutron serta eksperimen pancaran neutron. Selain itu  ia juga digunakan untuk kajian tentang reaktor itu sendiri yang terdiri daripada fizik reaktor, kejuruteraan reaktor dan kejuruteraan nuklear,hidraulik haba (thermalhydraulic) dan core analysis. (Faizal Aziz, 2010)


0 comments :

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management