وعن أبي
هريرة رضى الله عنه عن النبي قال : سَبْعَةٌ يُظِلُّمُهُمُ اللهُ فِى
ظِلِّهِ يَوْمَ لاظِلَّ إِلا ظِلُّهُ : إِمَامٌ
عَادِلٌ
وَشَابٌ نَشَأَ فِى عِبَادَةِ اللهِ عَزَّوَجَلَّ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ
بِالمَسَاجِدِ وَرَجُلانِ تَحَابَّا فِى اللهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا
عَلَيْهِ و َرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَة ٌذَاتُ مَنْصَبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ : إِنِّي
أَخَافُ اللهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتّى لاتَعْلَمَ
شِمَالُهُ مَاتُنْفِقُ َيمِيْنُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ تَعَالَى خَالِيًا
فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ
( متفق عليه )
Maksudnya : 7 golongan yang akan
mendapat perlindungan Allah S.W.T pada hari yang tiada perlindungan melainkan
perlindungan Allah S.W.T pada hari akhirat nanti iaitu :
Golongan pertama ialah pemimpin
yang adil di mana kebiasaannya jika pemimpin tunduk dan patuh kepada Allah
SWT serta adil dalam bertindak mengikut garis yang telah ditetapkan oleh syara'
maka rakyat yang bawahnya pun akan mengikut jejak langkahnya dalam
mencari keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat. Rusaknya pemimpin maka rakyat
juga turut rusak kerana rakyat megikut agama pemimpin mereka. Kita senantiasa
meminta pemerintah untuk membuat sebuah program bagi rakyak agar bisa
memahami agama dengan baik tetapi dalam waktu yang sama pemimpin mestinya bukan
saja mampu membaca al-Quran tetapi bersungguh-sungguh dalam melaksanakan segala
tuntutan al-Quran yang menyeluruh termasuk ekonomi, perundangan, sosial dan
sebagainya bukannya menjadikan Islam sebagai agama ibadat khusus semata-mata.
Musuh Islam tidak pernah benci terhadap pemimpin umat Islam yang kaya harta
jika kurangnya agama sebaliknya musuh Islam senantiasa berusaha dalam memerangi
pemimpin umat Islam yang miskin harta tetapi kaya agama kerana harta tidak
pernah menggugat kedudukan kuffar tetapi agama telah banyak meruntuhkan
kezaliman dan kesesatan kerajaan kuffar sebelum ini.
Golongan
kedua ialah pemuda yang hidupnya senantiasa beribadah kepada Allah S.W.T di
mana golongan ini mestilah dilahirkan dalam sebuah negara untuk menghilangkan
lebih banyak kemungkaran dan kerusakan yang terjadi. Apabila umat Islam
senantiasa menjaga ibadah khusus seperti shalat, puasa, zakat ditambah dengan
makan minum yang halal dari hasil yang halal, akan melahirkan keluarga,
masyarakat dan negara yang patuh kepada syara', disamping berusaha melaksanakan
seluruh tuntutan Islam dalam setiap pe kerjaan dan gerak-geriknya sehingga
semua itu dihisab sebagai ibadah oleh Allah S.W.T maka segala masalah jenayah
dan kerusakan akhlak dapat ditangani dengan baik. Sebaliknya jika umat Islam
memisahkan urusan dunia seperti ekonomi, perundangan, sosial daripada dosa
pahala maka keadaan kehidupan mereka semakin lama semakin hancur serta semakin
dekat kepada kekufuran yang menyebabkan tiada lagi perbedaan yang nyata antara
umat Islam dengan bukan Islam. Inilah yang bakal mengundang kemurkaan Allah
S.W.T dan penghinaanNya.
Golongan
ketiga ialah seseorang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid di mana
pemimpin wajib berusaha menghidupkan masjid bukan berusaha mematikannnya agar
negara dapat melahirkan lebih ramai rakyat yang senantiasa berjamaah di masjid
serta menghidupkannya dengan berbagai aktivitas yang dapat mengembalikan
kegemilangan Islam. Tindakan jahat pemimpin yang menyekat kebebasan kuliah
agama di masjid dan ada yang bertindak lebih kejam dengan megawasi
program di masjid, karena takut adanya program yang tidak di inginkan.
Golongan
keempat ialah 2 orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T di mana mereka
bersatu dan berpisah kerana Allah di mana kasih sayang yang ditanamkan
atas dasar iman ini begitu penting terutama dalam berhadapan dengan kekejaman
musuh Islam. Betapa bahayanya apabila kasih sayang seperti ini tiada dalam hati
sanubari umat Islam. Begitu juga kasih sayang berdasarkan iman wajib disuburkan
agar saudara seagama sentiasa dibantu walau di mana mereka berada. Kita mesti
senantiasa membantu sekurang-kurangnya dengan doa agar Allah S.W.T membantu
umat Islam yang sedang ditindas di Palestin, Iraq, Afghanistan, Kashmir,
Selatan Filiphina, dan sebagainya. Begitu juga dengan tekanan disebabkan
larangan bertudung ke atas umat Islam di Perancis. Tidak lupa kepada nasib yang
menimpa umat Islam di Selatan Thailand termasuk Fatani, Narathiwat, Yala yang
kini ditekan akibat pembakaran sekolah, bom pos polis idan kehilangan senjata
2 yang telah menyebabkan pelbagai tindakan keras dikenakan termasuk
perintah berkurung yang menjelaskan perjalanan majlis ilmu pada waktu malam
serta pemeriksaan ke atas pondok-pondok kapan saja dikehendaki sehingga
baru-baru ini ada kubur yang baru ditanam mayatnya diperintah agar digali lagi
atas alasan diyakini dijadikan tempat penyimimpanan senjata. Umat Islam terus
ditekan sedangkan bukti yang menyatakan umat Islam yang terlibat dalam kejadian
itu belum diketahui.
Golongan
kelima ialah seorang lelaki yang rayu oleh seorang wanita yang mempunyai
kedudukan dan cantik untuk berzina lalu dia menyatakan bahawa dia takut kepada
Allah SWT di mana usaha dalam memastikan kebanyakan pintu zina
ditutup mestilah ditingkatkan. Jika terlalu banyak pintu zina dibuka maka
semakin banyak yangmenghampirinya sehingga semakin bertambahlah keruntuhan
akhlak rakyat. Betapa malangnya apabila banyak yang lantang bersuara membantah
tindakan pemerintah yang membuat etika berpakaian terhadap orang bukan Islam
supaya lebih sopan(membela pornografi dan aksi).Sedangkan suara ini tidak
kedengaran apabila wanita dijadikan alat pelaris barangan melalui iklan yang
menjad tontonan mata.
Golongan
keenam ialah seseorang yang bersedekah lalu dia sembunyikannya sehingga tangan
kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya di
mana umat Islam senantiasa dilatih agar memberikan barangan miliknya kepada
orang yang lebih memerlukannya melalui zakat. Apabila diri senantiasa dilatih
dengan perkara yang wajib lalu melembutkan hati untuk melakukan sedekah sunat
dengan penuh keikhlasan. Sedekah jenis inilah yang di takuti oleh
musuh Islam kerana ia bakal menguatkan kembali kesatuan umat Islam dan
ekonominya yang bakal menggoyang kedudukan musuh.
Golongan ketujuh ialah seseorang
yang mengingati Allah S.W.T dalam keadaan sunyi lalu menitislah air matanya di
mana umat Islam mesti berusaha untuk lahir sebagai golongan yang bertindak
cergas seumpama singa disiang hari ketika melawan musuh serta begitu rapat
hubungannya dengan Allah S.W.T terutama waktu malam. Golongan inilah yang
digeruni oleh musuh Islam kerana mereka bakal dibantu oleh Allah S.W.T.
Ingatlah bahawa persiapan untuk melawan musuh bukan semata-mata bergantung
kepada kekuatan tentera dan senjata tetapi apa yang lebih penting ialah ikatan
perhubungan umat Islam dengan Allah S.W.T yang membolehkan datangnya
pertolongan dan kemenangan daripada Allah S.W.T.
Firman Allah dalam ayat
63-64 surah al-Furqan :
وعباد
الرحمن الذين يمشون على الأرض هونا وإذا خاطبهم الجــهلون قالوا سلــما . والذين
يبيتون لربهم سجدا وقيــما
Maksudnya : Dan hamba-hamba Allah
Yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi ini
dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka lalu mereka
ucapkan kata-kata yang baik. Dan mereka melalui malam hari dengan bersujud
serta berdiri bagi menyembah Allah.
credit to: indonesia blogger syukranskd.blogspot.com
0 comments :
Post a Comment