Berikut merupakan beberapa langkah yang ringkas ke arah mewujudkan keyakinan diri:
1. Mulakan hari anda dengan bacaan
Al-Quran & munajat kepada Allah.
2.
Bermuhasabah diri sebelum melakukan
sesuatu.
3. Anggapkan diri anda yang diciptakan
oleh Allah adalah sama seperti orang lain.
4.
Orang lain boleh buat, kenapa anda
tidak boleh buat?
5. Apa kekurangan/kelemahan yang ada
pada diri anda dan baikinya.
6. Jangan takut-takut atau
teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif
7.
Elakkan perasaan malu yang tidak
bertempat.
8. Lakukan riadah yang ringan sebelum
melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat
mengaktifkan diri seseorang.
9. Kemas diri dan anggapkan diri anda
adalah terbaik pada hari itu.
10. Apabila berinteraksi pandang tepat
pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit
pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
11. Apabila memulakan sesuatu tugas
jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat
selepas tugas tersebut.
12. Sentiasa peka terhadap waktu,
jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.
13.
Bertawakkal kepada Allah.
credit risalah UPIM 2004
0 comments :
Post a Comment