5 Minit Saje Untuk Ayah Ibu!!

Assalamuailaikum..

        Sebahagian ramai tuan2 dan puan2 yang sudah mempunyai anak.. betul tuan2 dan puan2.. sebuah amanah yang sangat berat.. sebuah amanah yang tidak mudah kita harus menghadapinya.. dan ternyata ketika amanah itu diberikan kepada kita.. amanah itu memiliki waktu yang terhad yang harus kita korban masanya, tuan2 puan2 semuanya.. dan sekarang macam tidak terasa.. tiba2 anak2 tuan puan sekarang sudah bertambah besar.. bukankah tuan2 puan2 masih merasakan bahawa terasa baru sahaja.. mungkin tuan puan mampu membayangkan saat2 ketika melahirkan anak2 tuan puan semuanya.. ketika tuan puan mendoakan anak2 agar terlahir dengan selamat didunia ini, bukankah terasa begitu cepat waktu ini tuan2 puan2.. tapi sekarang tiba2 anak kita sudah membesar, sudah remaja bahkan sudah dewasa.. berbicara tentang waktu dan masa ini tuan2 dan puan2.. ada sebuah lagu yang ini merupakan sebuah terjemahan daripada sebuah surah di dalam Al- Quran iaitu surah An-Nass yang berkaitan dengan masa kita tuan2 dan puan2..  Demi Masaaa tuan2 dan puan2… gunakanlah kesempatan selagi masih ada waktu yang diberikan kepada kita semuanya.. sebelum kita semuanya menyesal tuan2 dan puan2.. waktu terus berlalu tidak akan mampu kita kembali kepada masa lalu..

        Maka hari tuan2 puan2, saya ingin mengajak tuan2 puan2 semua untuk berfikir.. tolong bayangkan bagaimana kenangan kehidupanmu.. bayangkan saat putera dan puterimu terlahir itu, tuan2 dan puan2.. bayangkan bagaimana saat2 kelahiran anak2mu.. bukankah ketika itu kau berdoa, ‘Ya Allah.. tolong jadikan anakku ini menjadi anak yang soleh dan solehah’.. terdapat sebuah harapan bagaimana kita ingin anak2 yang kelak akan menjadi cahaya mata, memberikan kebahagian hidup kita didunia.. memberikan kehidupan bahagia kepada kita kelak di hari kemudian.. tapi bayangkan waktu terus berlalu.. tuan puan, sila penjamkan mata, tolong bayangkan.. 

        Ketika anak2mu terus membesar tuan2 puan2.. ketika anak2 memerlukanmu ternyata tuan2 puan2, dirimu terlalu sibuk untuk bekerja, tolong bayangkan di saat ini.. anak2mu terlalu rindu kepada kasih sayangmu.. tapi mungkin di antara kita yang memberikan anak2 kita hanya kepada pembantu rumah saja....  maka sekarang tolong bayangkan bagaimana anak2 kita yang terus membesar semakin remaja semakin dewasa tetapi mereka tidak mengenal lagi siapa dirinya.. mereka tidak tahu siapa Tuhannya sebenarnya.. tuan puan terlalu sibuk.. tuan puan hanya memikirkan dunia.. tuan puan hanya terus sibuk mengejar dunia.. tuan puan terus sibuk memikirkan pekerjaan rumah..... maka bayangkan tuan2 puan2, masa terus berlalu.. Allah menyampaikan sebuah peringatan bismillahirahmanirahim, ‘demi masa, sesungguhnya manuisa itu benar2 dalam kerugian’..  maka sekarang bayangkan jika masa itu telah berhenti tuan puan..


        Tiba2 kita kembali kepada Allah, tiba2 anak2 kita diambil lagi oleh Allah.. sementara tidak ada lagi kesempatan kita untuk mendidik anak2 kita.. maka sekarang tolong bayangkan tuan puan hari kemudian.. tolong bayangkan Padang masyhar tuan puan.. ketika itu kita melihat bagaimana anak2 kita berjalan di Padang masyar dengan mata mereka yang buta tidak mampu melihat…. Lalu kemudian bayangkan tuan puan ketika itu kerana dosa2 yang dilakukan anak2mu yang tidak pernah dibimbing dan dididik olehmu selama ini.. mereka akan dilemparkan ke dalam neraka jahanam, tapi ketika itu sebelum anakmu dilemparkan ke neraka jahanam.. anak2 mu berkata, ‘Ya Allah, sebelum Kau lemparkan kami ke neraka.. itu ayahku, itu ibuku Ya Allah.. seumur hidup mereka, mereka tidak pernah mendidiku tentang-Mu, Ya Allah.. mereka tidak pernah mengajarkanku tentang-Mu, Ya Allah, mereka terlalu sibuk dengan dunia, Ya Allah….
Maka sebelum Kau lemparkan kami ke neraka Ya Allah, lemparkan terlebih dahulu kedua orang tua kami, Ya Allah’….. tolong bayangkan tuan puan betapa beratnya amanah itu tuan puan.. demi Allah bukan 5 minit, bukan waktu yang tidak cukup… pertanyaanya, sudahkah kita mengajarkan anak2 kita tentang Allah.. sudahkah kita mendidik anak2 kita tentang Allah.. walaupun hanya 5 minit.. sudahkah kita duduk bersama mereka mengajarkan mereka tentang Allah.. mengajarkan mereka tentang siapa Nabi Muhamad.. mengajarkan mereka tentang siapa diri mereka…. 

        Baginda Rasulullah bersabda, ‘Hormatilah anak2 mu, dan didiklah mereka, Allah memberi rahmat.. kepada seseorang yang membantu anaknya.. sehingga si anak dapat berbakti kepada Allah’.. maka hari ini tuan2 puan2, walaupun anakmu sudah tidur dalam saat ini.. tolong datangi mereka, lihat wajah mereka.. doakan di telinga mereka, katakan, ‘nak, jadilah anak yang soleh.. jadilah anak yang solehah,nak.. tolong doakan kami ayah ibumu, nak.. agar kami pun selamat didunia dan di akhirat’.. hari ini, temuilah anak2 mu tuan puan.. doakanlah mereka…  mohon maaf zahir batin semuanya.. Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh…
                  

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management