Friday, November 18, 2011

KEGUNAAN NUKLEAR ~ PERTANIAN


BIDANG PERTANIAN

Teknologi nuklear merupakan salah satu teknologi moden yang berkembang pesat dalam bidang pertanian. Pemanfaatan teknik nuklear pada tanaman boleh digunakan untuk pembaikan jenis-jenis tanaman melalui mutasi dengan radiasi. Di Malaysia dan Indonesia, kegiatan penyelidikan aplikasi teknik nuklear dalam bidang pertanian khususnya untuk kebaikan tanaman telah dilakukan Badan Tenaga Nuklir Nasional (Indonesia) dan Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia, MINT (Malaysia).

Menurut penyelidik dari Indonesia, Ita Dwimahyani menyatakan tujuan pembangunan penelitian serta penyelidikan teknik nuklear untuk kebaikan tanaman adalah untuk memberi sumbangan kepada kerajaan dalam usaha meningkatkan hasil tanaman. Oleh kerana itu, sering terdapat pro dan kontra berkenaan dengan teknik ini, meskipun nuklear merupakan teknologi berbahaya kepada manusia, tetapi mempunyai kesan positif apabila dapat memanfaatkan sifat-sifat hakiki daripada tenaga ini untuk tujuan yang diharuskan syarak dan undang-undang. 


Pengawai Penyelidik Kanan MINT, Dr. Rusli Ibrahim menyatakan banyak kajian yang dijalankan menjurus kepada membangunkan bidang pertanian dan industri asas tani di negara kita,  Malaysia. MINT menjalankan penyelidikan dan pembangunan teknologi ke arah pembentukan proses, produk, serta khidmat baru dan peningkatan proses, produk serta khidmat nasihat yang ada. Di samping itu, kepakaran serta keupayaan tempatan dalam teknologi nuklear dan yang berkaitan serta penggunaannya terutama dalam hal di mana teknikini merupakan teknik yang paling sesuai dan akan meningkat di masa akan datang. 


Teknik- teknik yang telah dibangunkan termasuklah mutasi aruhan, kajian racun serangga, pengurusan pengairan, kajian sampingan agro, kendalian lepas tuai dan pengawetan makanan. Misalnya, radiasi digunakan untuk menghasilkan tumbuhan yang lebih berkualiti. Teknik berkenaan telah dikenal pasti bagi menghasilkan tumbuhan mutan (sesuatu yang terhasil daripada proses mutasi) untuk meningkatkan penghasilan makanan. (Khairunnisa Sulaiman, 2004)



Mutasi merupkan satu proses di mana gen atau mana-mana turutan DNA mengalami perubahan dalam strukturnya. Proses mutasi tidak biasa berlaku dalam alam sekitar biasa dan jika terjadi ia memakan masa yang agak lama pada kadar yang rendah. Biasanya mutasi boleh dipercepatkan melalui induksi oleh agen mutasi sama ada secara kimia atau fizikal. Di MINT, agen fizikal yang sering
digunakan untuk pembaikan pertanian terdiri daripada sinar gamma dan sinar-X. secara amnya, pembiakanmutasi termasuk pemilihan tanaman, pemilihan mutagen, kaedah, sensitiviti, bahagian yang dirasai dan teknik menggunakannya. Bagi tanaman seperti padi, kacang tanah dan kacang soya, biji benih merupakan bahagian yang popular dan berpotensi diradiasi dengan sinar gamma yang dihasilkan daripada unsur Cobalt-60, selepas pemilihan biji benih terbaik dibuat. Manakala bagi tumbuhan vegetative seperti buah-buahan dan bunga-bungaan keratin batang digunakan atau dilakukan secara in-vitro.

Dalam kes-kes tertentu, radiasi boleh dilakukan secara akut dalam masa yang singkat dengan kadar dos yang tinggi. Kultur tisu tumbuhan merupakan terminologi yang digunakan bagi merujuk kepada pelbagai teknologi in-vitro yang digunakan. Teknik berkenaan telah dibangunkan pada 1960-an dan boleh digunakan untuk menghasilkan tumbuhan dalam bilangan yang banyak daripada bahan yang sedikit. 

Kultur tumbuhan biasanya dijalankan secara in-vitro (dalam balang bertutup) dengan medium tertentu dalam keadaan terkawal. Ini penting bagi membolehkan tumbuhan terhasil daripada sel tunggal. Medium tertentu berkenaan terdiri daripada garam bukan organic, organic (makro nutrient, mikro nutrient dan vitamin), sumber tenaga iaitu sukrosa, hormon penggalak pertumbuhan dan agar sebagai medium. 



Bahan eskplan seperti kalus boleh didedahkan kepada mutagen kimia atau fizikal agar berlaku perubahan genetik. Setakat ini, MINT telah berjaya menghasilkan beberapa tumbuhan mutan baru seperti pisang, padi, kacang tanah, dan juga tanaman hiasan yang mempunyai ciri-ciri yang lebih berkualiti seperti hasil yang tinggi, pokok rendah, matang awal, rasa lebih enak dan ciri-ciri yang lebih menarik, khusus bagi tanaman hiasan seperti perubahan warna bunga seperti perubahan warna bunga dan daun, pokok renek dan lain-lain lagi. (Khairunnisa Sulaiman, 2004)

0 comments :

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management