Thursday, November 10, 2011

XTiViTi RAYA AiDiLADHA


XTiViTi HARi RAYA AiDiLADHA PADA 6 NOVEMBER 2011
 Berciap Untuk Pergi Ke Rumah Di Bukit Gambang Resort CiTY.

WJR 4736,, Kereta Kepada Mohd Safwan Abang Kepada Mohd Zuhaili..   

Inilah Barang-Barang Yang Akan DiBawa Ke Rumah Bukit Gambang,,, Turut Serta Juga Tong Gas Dan 2 Buah Kapal Terbang RC.. 

Makan Juadah Selepas Solat & Khutbah Hari Raya AidilAdha.. 

Beriang Seketika Di Taman Permainan Berhadapan Dengan Rumah..

 Mohd Hariz,, Adik Kepada Mohd Zuhaili Sedang Beria-Ria..

Di Hadapan Rumah Di Bukit Gambang.. 

Inilah Kapal Terbang RC Yang DiBawa Untuk Bermain Di Kawasan Lapang Yang Berhampiran..

Lori RC Adik Mohd Zuhaili,, Mohd Ikhwan.. 

Terpaksa Menggunakan Angin Kapal Terbang Untuk Menyalakan Api Dan Membuat Bara Api..

Sedang Membuat Barbeque.. 

Kapal Terbang RC Park Selepas Habis Tenaganya... 

Orang Sedang Syok Buat Barbeque,, Tetapi....

Friday, November 4, 2011

12 AZAB ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda :

"Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-

1.Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2.Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
3.Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga jenis bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

1.Roh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
3.Dia akan merasa yang amat pedih ketika roh dicabut keluar.
4.Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.       
         
  

Tiga jenis bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-

1.Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
2.Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3.Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

1.Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
2.Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
3.Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

5 PERKARA ELOK DISEBUT-SEBUT


5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini. Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.
     
2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat.
             Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat?  Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?



4.  Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.  Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi).
             Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari  Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.
  
5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain.
Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik.  Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api  neraka.


        Demikian tazkirah minggu ini. Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat.    Amin...   

Thursday, November 3, 2011

RAHSIA TARIKH LAHIR


APA RAHSIA YANG ADA PADA TARIKH LAHIR KITA?
           
            Bak kata ramai orang, “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Begitu juga dengan diri kita, jika kita tak kenal diri kita yang sebenar, sukar untuk kita menyayangi diri kita sendiri. Itu yang kadang-kadang kita dengar ada orang terpaksa korbankan diri sendiri untuk
orang lain, dan ada pula terpaksa “korban”kan diri sendiri sebab hidup sudah tak
bermakna baginya.

            Kaedah mengetahui rahsia tarikh lahir ini hanyalah mengenal pasti corak tentang
sesuatu kejadian yang telah berlaku sebelum ini dan kemudian kita buat satu
strategi untuk memperbaiki situasi itu.

            Contohnya, di dalam menganalisa pasaran saham. Kita memerlukan alat dan
kaedah untuk membuat kajian. Maka biasanya penganalisis pelaburan akan
membuat kajian berdasarkan “fundamental analysis” tentang ekonomi secara global,
makro, perbandingan antara industry, menganalisa laporan kewangan tahunan,
menggunakan “technical analysis” untuk mengkaji corak pergerakan saham syarikat
tersebut sebelum kita membuat sesuatu ramalan atau “forecasting”.

            Setelah kita membuat kajian dan ramalan ini, kita tak akan berani mengatakan 100% tepat. Tetapi, setelah semua usaha dan kajian telah dilakukan, kita akan lebih berani dan yakin dengan keputusan yang kita buat dan kita akan lebih selesa dengan risiko yang mungkin kita sanggup hadapi.


            Begitu jugalah dengan tarikh lahir ini, kita boleh huraikan tentang watak kita atau
orang di sekeliling kita samada kita sedar atau tidak, dimana watak yang bagus kita
boleh tingkatkan lagi dan sekiranya tidak bagus kita boleh perbaiki. Kita boleh huraikan tentang potensi di dalam satu-satu jenis perniagaan kerana banyak kajian secara sedar atau tidak, kita berada di dalam satu perniagaan atau industri yang sesuai atau tak sesuai dengan elemen pada tarikh lahir kita.

Ini memudahkan kita mencapai kejayaan yang kita kehendaki. Sebab itu kadangkadang kita jumpa orang buat perniagaan, bekerja 24 jam sehari, berusaha sangat gigih tapi perniagaan masih tetap tak naik-naik. Lebih malang lagi perniagaan terus bungkus.

            Sebaliknya, kadang-kadang kita lihat di sekeliling kita, orang buat perniagaan, apa saja yang dibuat semua menjadi. Kalau jual produk, cerita serba sedikit lebih kurang, dah ada orang nak beli. Kadang-kadang tu, buat perniagaan dengan tak sengaja, bermula dengan suka-suka kemudian jadi empayar perniagaan yang hebat.Kenapa terjadi demikian? Ini kerana mereka telah memilih perniagaan yang sesuai dengan elemen yang ada pada mereka, samada mereka sedar ataupun tak sedar, selain berkat usaha dan strategi yang sesuai dan juga disertai dengan doa.

            Selain itu, melalui analisis tarikh lahir juga kita boleh merancang masa depan anakanak kita. Kita boleh tahu psikologi cara mereka berfikir dan cara nak berkomunikasi dengan mereka. Ada juga yang menggunakannya untuk mengenalpasti pasangan yang sesuai atau untuk lebih mengenali pasangan mereka sekarang. Boleh juga digunakan untuk memilih pekerja, rakan niaga atau bos yang sesuai dan serasi dengan kita.

            Melalui kaedah ini juga, kita boleh mengenal pasti potensi masalah kesihatan untuk pencegahan atau mencari penyelesaian. Jadi, kunci kata yang saya suka gunakan kepada sesiapa yang ingin tahu, apa yang kita boleh buat dengan tarikh lahir kita? Maka jawapan saya ialah “Kenal dan Rancang”, “Check and Balance”.
Kenalpasti kekuatan, kelemahan, potensi (bakat), ancaman dan peluang yang
sememangnya ada pada diri kita.


“TUHAN TIDAK MENJADIKAN KITA DENGAN SIA-SIA”
Setiap kejadian di atas muka bumi ini ada fungsi dan kegunaannya masing-masing.
Hatta, kuman atau bakteria sekali pun ada sebab dan tugasnya kenapa tuhan
ciptakannya.
Jadi, kenali potensi diri kita supaya kita menjadi orang yang lebih hebat.
Saya pinjam kata-kata Azizi Ali, penulis buku kewangan no. 1 di Malaysia, “Hidup
terlalu singkat untuk menjadi orang biasa-biasa”.
Maka_ jom kita sama-sama jadi orang yang Luar Biasa Hebat!
Ringkasnya, dengan mengetahui “Rahsia Tarikh Lahir”, kita boleh kenali
Potensi Diri untuk mencapai Kebahagian, Kesihatan, Kekayaan dan Kejayaan.


 TAFSIRAN ASAS “NOMBOR CHASIS”

Nombor
Chasis

Tafsiran Asas

1
SENDIRI
Bijak, memang dilahirkan sebagai pemimpin, kreatif, banyak idea baru,
berani, berdikari, positif, individualistic, perfectionist,agresif, sentiasa nak
menang, keras kepala, ego yang tinggi, terlalu terus terang, sentiasa rasa dia
betul.


2
SUARA
Jujur, pembersih, lembut, tenang, pendengar tapi tak semestinya
buat,memahami, penyabar, mudah dibuat kawan dan berkawan, diplomasi,
suka bersimpati, boleh dipercayai, mudah memaafkan, pemalu, terlampau
sensitive, cemburu, susah buat keputusan, tidak tetap pendirian.


3
AKTIF
Popular, cepat siapkan kerja tapi tak sempurna, baran, agresif, kurang tegas,
perhubungan rapuh, mudah berkawan, suka ikut fesyen, bersemangat,
mudah teruja, kreatif, egois, suka mengarah.


4
RANCANG / ILMU
Kemahiran yang tinggi, bijak, tidak mudah putus asa, sukar simpan wang,
perhubungan mudah putus, bersangka buruk pada orang, bangga, rajin,
keras kepala (degil),kedekut, setia, suka kerja rutin, logical, tak berani ambil
risiko.


5
MENCARI (ARAH)
Kuat kerja (workaholic), pemimpin, keras kepala, berpangkat tinggi,
adventurous, bercita rasa tinggi/mewah, bijaksana, berfikiran jauh, berani
ambil risiko, suka/minat berniaga, boros, suka bertangguh, berkira.


6
WANG
Gila duit, citarasa mewah, berdikari, mahu menguasai, tidak mementingkan
diri, suka duduk di rumah, bijak, jujur, berperikemanusiaan, penyayang,
tamak.


7
KAWAN / PENGIKUT
Suka bertelagah, cerewet, popular, tarik penyokong, percaya kepada mistik,
moody, pemalu, suka mengasingkan diri, analitikal, suka berfikir, kekuatan
kerohanian.


8
TANGGUNGJAWAB & TEKANAN
Bertanggungjawab, pendiam tapi ramai kawan, boleh dipercayai, suka
kebebasan dan kuasa, keras kepala, ada sifat kepimpinan, suka terurus dan
kemas, suka membantu dan baik hati, gila wang, ego, mudah tertekan,
kekuatan deria rasa ke-6.

9
KEJAYAAN
Pandai PR, bergaya kemas, tarik simpati orang tua, bijak, kesunyian, sensitif,
ikhlas, berbakat, ada sifat kepimpinan, penyayang.

























































Anda juga mendapatkan application untuk mengira dan mendapatkan nombor chasis di
TRY CLICK HERE.


Application ini hanya memerlukan anda untuk memasukkan tarikh lahir anda atau pasangan anda atau sesiapa sahaja kenalan anda bagi mengetahiu sedikit sebanyak perwatakan individu tersebut.


Akhir kata daripada saya, selamat mencuba,


DO THE BEST, BEAT THE REST...

JOURNEY TO PiCC PUTRAJAYA




Sebelum masuk tol Lancang, Pahang... 

Berhenti Di Hentian Sebelah Tol Lancang, Pahang... 


Di Simpang Masuk, Lampu Isyarat Di PiCC Putrajaya..

 Suasana Ketika Berada Di Dalam Dewan PiCC Putrajaya..


Ketika Sedang Duduk Dan DiHibur Dengan Persembahan 
Choir.. 


Keadaan Permandangan Di Atas Dewan PiCC ini..

Wednesday, November 2, 2011

10 AMALAN YANG TERBALIK


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-


1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.


3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.


4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. 




5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.


6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?


7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.



9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.


10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.


Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management