SCORE A PROGRAMME




Ketahuilah RAHSIA Bagaimana Untuk Membantu Pelajar Mencapai Kecemerlangan Dalam Pelajaran

SELAMAT DATANG KE PROGRAM SCORE A
  • Program Score A merupakan webucation pertama di Malaysia.
  • Sistem belajar secara online yang lebih efektif & efisien.
  • Belajar di mana jua bila-bila masa yang anda suka.
  • Bersama mencapai impian kecemerlangan akademik anda.




Program Score A adalah ' Webucation ' yang PERTAMA di Malaysia !
Webucation adalah gabungan dari dua perkataan, iaitu website dan education. Perkataan webucation adalah datangnya dari idea pakar pengurusan dunia iaitu Peter Drucker. Siapakah Peter Drucker ? Jika anda bertanya pada 10 orang di dunia ini, siapakah The Greatest Business Thinker ? sudah tentu 8 orang dari mereka pasti menjawab Peter Drucker ! Menurut Peter Drucker ( Ahli falsah ekonomi dan dunia korporat dan juga pakar pengurusan ) :



" Webucation Is The Next GreatGrowth Opportunity "
Mengapa beliau berkata demikian ? ( Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di dalam buku beliau ). Menurutnya, para pelajar masa kini adalah lebih berminat untuk belajar one-to-one buktinya ? :
  • Pelajar boleh belajar pada bila-bila masa mengikut kehendak mereka.
  • Pembelajaran secara online adalah lebih efektif dan efisien berbanding belajar di bilik darjah !
  • Pelajar juga boleh mengulangi pelajaran mereka seberapa banyak yang mereka suka pada bila-bila masa.
  • Melalui sistem pembelajaran di internet kita tidak mampu untuk mengatakan tidak ! Hingga ke peringkat dewasa sekalipun, kita tetap akan meneruskan pembelajaran tanpa mengira usia ! 



SCORE A PROGRAMME
Apakah Score A Programme™ ?

* Score A Programme™ adalah satu kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran kerajaan yang mana telah terbukti berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A.

Apakah Pembelajaran Output?

* Pembelajaran Output ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih pelajar mengeluar dan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah melalui latihan-latihan yang disediakan di Score A Programme™.

* Kaedah Pembelajaran Output Tradisional
contoh. "Buku":
 o Kena periksa jawapan sendiri
 o Tidak boleh mengulang soalan
 o Tiada pemantauan masa
 o Terlalu banyak buku latihan akan membebankan pelajar, dan
 o Tidak Interaktif

Apakah Pembelajaran Input?

* Pembelajaran Input adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda. Pembelajaran sekolah sama ada dengan menghadiri kelas di sekolah mahupun mengikuti kelas-kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen, membaca, mengulang kaji dan menghafal merupakan Pembelajaran Input. Terlalu ramai pelajar menggunakan hanya Pembelajaran Input, dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka. Untuk menyerlah di dalam peperiksaan, pelajar perlu Pembelajaran Output.
Mengapa pelajar memerlukan Score A Programme™?

* Score A Programme™ telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A Programme™, pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Score A Programme™ memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan sikap positif.

PERSOALAN:
1) Adakah Score A Programme™ akan membebankan anak saya?
* Tidak. Score A Programme™ bukan satu pengulangan kaedah Pembelajaran Input, dan dengan itu tidak akan membebankan anak anda.

2)Perlukah anak saya mengikuti Score A Programme™ jika sekarang ini dia juga menghadiri kelas tuisyen?
* Perlu, kerana tuisyen adalah satu lagi kaedah Pembelajaran Input. Sebenarnya, Score A Programme™ merupakan pelengkap yang baik bagi kelas tuisyen anak anda.

ScoreA - Silibus

* Meliputi 100% sukatan mata pelajaran dan silibus terkini Kementerian Pendidikan Malaysia
* Mengandungi lebih 250,000 bank soalan yang berkualiti dan sentiasa dikemaskini
* Digubal oleh guru-guru pakar mata pelajaran dan penggubal kertas soalan.

Sekolah Rendah (Tahun 1-6)
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
4. Sains (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
5. Bahasa Cina
Sekolah Menengah (Tingkatan 1-3)
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik (Bahasa Inggeris)
4. Sains (Bahasa Inggeris)
5. Bahasa Cina
6. Sejarah
7. Geografi

Sekolah Menengah (Tingkatan 4-5)
Kesusasteraan:
1. Bahasa Inggeris
2. Bahasa Melayu
3. Sejarah
4. Perdagangan
5. Prinsip Akaun
6. Ekonomi Asas
Sains:
1. Bahasa Inggeris
2. Matematik
3. Sejarah
4. Fizik
5. Kimia
6. Biologi



CIRI-CIRI MENARIK

ciri-ciri menarik



e-Topic

  • Pembelajaran output sebaik sahaja selesai pelajaran input tentang sesuatu topik bagi membantu pelajar lebih memahami setiap topik dalam mata pelajaran yang mereka pelajari;
  • Markah lulus 80% iaitu A;
  • Penandaan adalah serta-merta; juga
  • Keputusan adalah serta-merta dan di hantar ke e-Report Card dan sms ke telefon bimbit ibubapa. 

e-Assessment
  • Latihan output secara serta merta yang tidak terhad menguatkan kemahiran pelajar dalam menghadapi peperiksaan;
  • Seperti kaedah bermain game, terdapat sistem ranking yang menggalakkan persaingan sihat;
  • Pelajar perlu lulus tahap pertama untuk pergi ke tahap seterusnya;
  • Penandaan dan keputusan adalah serta merta; juga
  • Keputusan akan dihantar ke e-Report Card dan di sms ke telefon bimbit ibubapa

e-Trial Exam 

  • Dicipta seolah-olah peperiksaan sebenar untuk membantu pelajar bersedia dan meningkatkan keyakinan sebelum peperiksaan sebenar;
  • Melatih pelajar agar pandai mengurus masa dan terdedah dengan pelbagai bentuk soalan peperiksaan; juga
  • Keputusan adalah serta merta dan dihantar ke e-Report Card dan di sms kepada ibubapa.

e-National Trial Exam
  • Peperiksaan percubaan secara online yang diadakan serentak di seluruh Negara.

e-Past Year Exam

  • Soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas disediakan khas untuk membantu pelajar mengenal corak dan bentuk soalan sebenar supaya pelajar mencapai kecemerlangan ‘A’; juga
  • Satu-satunya e-learning yang diberikan hak untuk menerbitkan kembali kertas-kertas peperiksaan sebenar UPSR dan PMR daripada tahun 1993 sehingga sekarang daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.

e-topic and e-assessment
  • Modul soalan berkonsepkan latih tubi & pengukuhan.
  • Pemeriksaan serta-merta dan kata-kata motivasi. (buku tak boleh buat ni… ibubapa pun tak selalu dapat buat ni…)
  • Membantu pelajar menjawap soalan dalam keadaan yang menyeronokkan.

e-Trial Exam and e-Past Year Exam

  • Modul soalan berkonsepkan peperiksaan.
  • “Coundown Timer” berdasarkan jangkamasa peperiksaan sebenar. (buku tak boleh buat ni…)
  • Pelajar akan sentiasa bersedia (exam ready) untuk menghadapi suasana peperiksaan yang sebenar.

e-Progress
  • Carta pemantauan yang membolehkan ibubapa mengikuti perkembangan anak-anak melalui eTopic™. Ciri ini adalah satu kaedah pemantauan yang efektif. Ia direkabentuk untuk memastikan bahawa ibubapa sentiasa diberitahu tentang kesemua latihan-latihan eTopic™ anak-anak mereka.
  • Ibubapa juga akan dikemaskinikan tentang bilangan percubaan yang telah dilakukan oleh anak untuk setiap topik. Justeru itu menunjukkan topik-topik yang didapati sukar. Maklumat ini membolehkan ibubapa mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.

e-note


  • Nota ringkas tetapi padat
  • Disediakan dari guru-guru pakar mata pelajaran
  • Membantu pelajar untuk mengulangkaji dan membuat rujukan
  • Berkonsepkan peta minda.

e-Dictionary

  • Khas untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, sebagai penterjemah kepada perkataan-perkataan yang tidak difahami oleh pelajar. 

e-Report Card

  • Memudahkan ibubapa memeriksa prestasi akademik anak;
  • Membantu ibubapa memantau kekuatan dan kelemahan anak;
  • Mendapat tahu perkembangan anak pada bila-bila masa; juga
  • Membolehkan ibubapa memberi bantuan serta-merta.
  • Tidak lagi sekadar mengharapkan report card daripada sekolah sahaja yang mana pada masa itu semuanya sudah terlambat.

Senarai TOP 100 Student
  • Direka untuk memberitahu ibubapa tahap anak-anak mereka berbanding dengan anak-anak murid setaraf di seluruh negara.
  • Ini menggalakkan pelajar berusaha dengan lebih gigih supaya nama mereka dipamerkan didalam senarai penganugerahan ini.

Ciri paling *latest i-Teacher


31 Jan 2010 - Pelancaran i-Teacher oleh T.Y.T Tun Dato Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang.
  • dapat membantu pelajar bertanya secara terus dengan guru secara maya

HEBAT!!! bukan, oleh sebab itulah kami mendapat banyak pengiktirafan daripada ramai pihak. 






PENGIKTIRAFAN MENTERI


3 mac 2006 : Dan satu-satunya Portal Pendidikan yang mendapat pengiktirafan dari Menteri Pelajaran Malaysia Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, dan PIBG Nasional.
25-3-2006 : Majlis Pelancaran Dan Penyerahan Portal Score A Parlimen Pagoh, oleh Menteri Pertanian dan   Industri Asas Tani Malaysia, Y.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyidddin Bin Haji Mohd. Yassin


Pelancaran yg diadakan di dewan Tun Suffian, Universiti Malaya pd jam 10.30 pg, Khamis, 15 April 2010 telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin, selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Juga disaksikan oleh YB Menteri Belia & Sukan, Dato Shabery Chik dan Pengerusi GPMS.



KEPATUHAN SYARIAH
Pihak Syarikat Telah Disahkan KEPATUHAN SYARIAH Pada 7 Februari 2010 bersamaan 22 Safar 1431. Kami merupakan satu satunya syarikat network marketing yang mempunyai sijil kepatuhan syariah di Malaysia dan Asia Tenggara buat masa ini. HEBAT!!!



PENGIKTIRAFAN PIBGN





















SCORE A di MEDIA ELEKTRONIK







 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management